Saturday, May 30, 2009

Projek Kelompok Jaya

Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat, Kelantan
Jalan Hilir Pasar, 16200 Tumpat, Kelantan.
Pengerusi : Encik Hussain @ Abdullah bin Omar
Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Berang, Terengganu.

Projek Kelompok Kg. Belukar Juling ini terletak di Mukim Padang Endau, Daerah Mersing, Johor kira-kira 75 km dari Mersing dan 224 km dari Johor Bahru. Projek kelompok ini telah ditubuhkan pada 24 Jun 1999. Peserta-peserta telah mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM86,955 dari tahun 1999 hingga 2002. Projek Kelompok ini merupakan salah satu daripada 4,593 projek kelompok dibawah bimbingan Jabatan Pertanian dan telah mendapat MS ISO 9002 *PPPB (*Perkhidmatan Pengembangan Perladangan Berkelompok) pada tahun 2002

Projek kelompok ini mempunyai keluasan fizikal seluas 4 hektar, di mana telah diusahakan oleh tiga orang peserta. Kawasan yang diusahakan ini adalah kawasan tanah persendirian di mana jawatankuasa projek kelompok telah menyewa dengan kadar RM70/ekar setahun. Projek ini merupakan salah satu unit pengeluar tanaman makanan seperti sayuran jenis buah secara berterusan untuk menampung pasaran di Johor Bahru dan Singapura.

Bagi menjadi sebuah ladang pengeluaran makanan yang berterusan, kelompok ini menjadikan produktiviti sebagi agenda utama untuk mencapai sebuah projek kelompok yang berdaya maju dan komersial. Jika dilihat pada rekod produktiviti yang lepas, hasil ladang telah meningkat daripada 42 tan pada tahun 2000 kepada 51 tan dalam tahun 2001.

Dalam tahun 2002 pula, projek kelompok ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 170 tan, di mana purata pengeluaran hasil ladang mencapai 0.5 tan sehari. Nilai pengeluaran hasil tersebut berjumlah RM322,207 di mana nilai pengeluaran sehektar telah mencapai ke tahap RM83,050/tan tahun. Kos pengeluaran bagi projek ini berjumlah RM118,435 merangkumi upah empat orang pekerja tetap yang dibayar RM450 sebulan setiap setiap seorang. Purata pendapatan bersih peserta projek kelompok ini adalah RM5,660 sebulan.

Pencapaian hasil yang tinggi terutama dalam tanaman peria yang telah mencapai hasil ladang sebanyak 34/tan hektar berbanding dengan hasil potensi tanaman tersebut 20/tan hektar dimana menunjukkan bahawa projek kelompok ini menggunakan teknologi terkini dalam amalan pertanian melalaui penggunaan sistem pengairan titis (drip), sistem tanaman secara berpara ‘trellis’ dan sungkupan plastik ‘silvershine’, penggunaan jentera seperti traktor untuk penyediaan tanah, amalan pengurusan makhluk perosak bersepadu (IPM-Integrated Pest management) seperti penggunaan pelekat biru dan kuning serta perangkap serangga yang menggunakan melthyl eugenol, mengamalkan pertanian yang baik (GAP-Good Agricultural Practise) dan mengikut pakej teknologi yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

Kelompok ini dapat mencapai sasaran mereka dari segi pengeluaran dan nilai hasil yang tinggi. Misi seterusnya bagi kelompok ini adalah untuk mencapai satu lagi tahap pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat. Justeru itu, pada awal tahun 2003, projek kelompok ini telah mendaftar ke dalam program skim akreditasi ladang di mana hingga kini telah berada di peringkat akhir pemeriksaan sebelum diberikan Sijil SALM ( Skim Akreditasi Ladang Malaysia).

Pada keseluruhannya, Projek Kelompok Sayuran Kg. Belukar Juling ini merupakan sebuah projek kelompok contoh yang boleh menjadi model kepada kelompok yang lain dari segi produktiviti yang tinggi di mana pengurusan projek kelompok dijalankan dengan sistematik terutamanya dalam menggunakan kaedah amalan pertanian yang baik dan betul bagi memastikan hasil potensi tanaman yang diusahakan memberikan pulangan yang menguntungkan.

Unit Peladang Jaya

Unit Peladang Kg. Melayu Raya
Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Johor.

Unit Peladang Kg. Melayu Raya merupakan salah sebuah daripada Unit Peladang di bawah pengendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Johor. Unit ini ditubuhkan pada 22 Februari 1970 dan sehingga kini, keahliannya seramai 101 orang. Jumlah saham terkumpul ahli di PPK Pontian Selatan ialah sebanyak RM18,198 meningkat 10.9% daripada tahun sebelumnya (2001). Purata saham bagi setiap ahli ialah RM180.

Unit Peladang Kg. Melayu Raya merupakan sebuah unit yang dipilih khusus untuk dibangunkan oleh LPP di bawah Program Pembangunan Unit Peladang (FDU) (2001-2005). Unit Peladang Kg. Melayu Raya menjalankan aktiviti utamanya iaitu kelapa sawit di kawasan seluas 490 hektar. Peserta-peserta mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian. Isipadu perniagaan kelapa sawit pada tahun 2002 ialah RM 2,730,000 dimana hasil pendapatan bersihnya ialah RM1,400,000.

Selain dari penanaman kelapa sawit, unit peladang ini mengusahakan tanaman pokok getah seluas 20 hektar dan dusun buah-buahan seluas 245 hektar yang telah ditanam dengan pelbagai jenis tanaman seperti durian, dokong, rambutan, manggis dan sebaginya. Aktiviti ini menjana hasil sebanyak RM708,000 setahun.

Selain dari itu, unit peladang mengusahakan pertanian jangka pendek iaitu ternakan kambing susu sebanyak 40 ekor, lembu pedaging sebanyak 180 ekor dan enam buah kolam ikan air tawar. Di samping itu mereka turut mengusahakan sebuah pusat memproses ayam daging. Aktiviti ini menjana pendapatan bersih sebanyak RM49,700 setahun.

Di samping melaksanakan aktiviti pertanian, unit peladang turut melaksanakan aktiviti-aktiviti bukan pertanian. Antara projek yang diusahakan ialah makanan ringan, pengangkutan bas sekolah, pengangkutan lori, perusahaan cadar, jahitan, kedai runcit, perusahaan membuat hulu dan parang dan perusahaan jamu. Pada tahun 2002 aktiviti ini menyumbang kepada pendapatan bersih sejumlah RM286,502 setahun. Secara keseluruhannya isipadu perniagaan dari aktiviti pertanian dan bukan pertanian unit peladang ini adalah sebanyak RM6,862,202 dan menjadikan nilai jualan bersih keseluruhannya RM1,736,202.

Selain dari aktiviti ekonomi, unit peladang ini telah berjaya melaksanakan lapan daripada sepuluh perkhidmatan untuk peladang iaitu pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mekanisasi dan automasi ladang, perkhidmatan pemasaran, menyediakan infrastuktur ladang, memberikan khidmat nasihat, perkhidmatan lepas tuai, menyediakan pusat sumber untuk kegunaan ahli serta terlibat dengan teknologi pemprosesan. Di samping itu unit peladang menjalankan aktiviti sosial dan kebajikan untuk ahli-ahli seperti kelas agama, gotong royong, ceramah-ceramah motivasi, hari keluarga, kenduri kesyukuran, kursus-kursus dan menyediakan kemudahan IT Desa.

Unit ini telah menerima anugerah Unit Peladang Jaya Tempat Pertama Peringkat Negeri, Tempat Pertama Desa Cemerlang Peringkat Daerah & Negeri pada tahun 2001 dan 2002, Tempat Ketiga Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan, Ilham Desa Cemerlang Tempat Ketiga Peringkat Zon Timur/Selatan dan Dapor Sihat / Anugerah Gaya Hidup Sihat pada tahun 2001.

Sesungguhnya dengan mengamalkan konsep bekerjasama dan lebih dari 85% ahli-ahlinya yang aktif, Unit Peladang Kg. Melayu Raya telah bergerak maju dari tahun ke tahun sehingga membawa kejayaan di mana purata pendapatan setiap ahli ialah RM1400/bulan.

Usahawan Udang Jaya Lelaki

Encik Abu Bakar bin Ahmad, berusia 42 tahun, berasal dari Kampung Padang Lebar, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan formal sehingga tingkatan lima. Encik Abu Bakar dikurniakan dengan enam orang anak (dua lelaki dan empat perempuan). Tiga daripada anak beliau telah tamat persekolahan dan bekerja bersama-sama beliau, manakala tiga orang lagi masih bersekolah.

Selain daripada giat mengusahakan tanah beliau, Encik Abu Bakar juga giat dalam persatuan di kampung tersebut. Beliau merupakan Ketua Kampung Bayai Baru, beliau juga adalah Ketua Umno Cawangan Bayai Baru, pengerusi tadika Kampung Bayai Baru, Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kampung Bayai Baru dan Ahli PPK Batu Kikir.

Beliau memulakan kerjaya hidupnya sebagai seorang peniaga getah dan kontraktor pada tahun 1991 hingga 1994. Hasil dari perniagaan ini beliau berjaya mengumpul modal sebanyak RM100 ribu untuk menjalankan ternakan ikan air tawar di projek pertanian Negeri Sembilan Timur. Terdapat empat buah kolam yang bersaiz 0.4 hektar, kolam tersebut asalnya adalah kolam terbiar yang telah dipulihkan oleh beliau.

Pada penghujung tahun 1999, Encik Bakar telah mula mengusahakan Projek Ternakan Udang Galah. Projek tersebut terletak di daerah Jempol yang meliputi kawasan seluas 2.88 ha. Sebanyak 16 buah kolam telah di bina untuk ternakan Udang Galah. Tanah tersebut adalah hak milik beliau sendiri.

Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM80 ribu dan bantuan dari Pejabat Daerah Jempol dan Jabatan Perikanan, jalan asas, kemudahan eletrik ke kawasan projek dan pembinaan kolam telah disiapkan, ini termasuk modal untuk memulakan operasi seperti membeli benih dan makanan udang. Beliau memperolehi bekalan benih dari Jabatan Perikanan dan syarikat swasta di Melaka

Projek ternakan Udang Galah yang diusahakan oleh Encik Abu Bakar mengeluarkan hasil sebanyak 4 – 5 tan metrik dalam satu pusingan. Satu pusingan biasanya mengambil masa 3 – 6 bulan. Kadar hidup Udang Galah adalah lebih kurang 50 peratus. Penukaran makanan kepada ikan adalah sebanyak 1.5 kg makanan kepada 1 kg berat udang yang dihasilkan. Beliau memberi makanan rumusan ‘pellet’ dan makanan sampingan beliau hasilkan sendiri. Udang dipasarkan secara borong, runcit dan kepada pengusaha kolam pancing. Encik Abu Bakar juga merupakan pembeli kepada penternak kecil udang di kawasan sekitarnya. Beliau juga menggunakan ternik-teknik dan pengalaman beliau untuk memberi nasihat kepada penternak Udang Galah kecil-kecilan yang sering mengunjungi beliau untuk nasihat.

Beliau menggunakan sistem ‘blower’ di kolam udang untuk memastikan udang bersalin kulit serentak bagi mempercepatkan tumbesaran dan memudahkan pemasaran. Hanya baka jantan sahaja diternak kerana ia mempunyai tumbesaran yang cepat. Dari segi amalan pengurusan yang baik, beliau sentiasa mengawal kualiti air di dalam kolam supaya parameter air berada dalam keadaan yang paling optima untuk tumbesaran udang, kolam beliau mempunyai aliran keluar masuk air yang berasingan untuk memastikan tiada pencemaran air.

Beliau juga mementingkan kebersihan dan keindahan kolamnya di mana terdapat lanskap yang menarik di sekitar kawsan ternakan. Semua aktiviti ternakan dicatat, direkod dan dikemaskini. Sumber air yang digunakan adalah daripada air bukit yang berterusan dan tiada pencemaran.

Pada bulan Februari 2003, dengan modal sebanyak RM30 ribu dan bantuan Jabatan Perikanan, Encik Abu Bakar maju setapak lagi dengan mengusahakan projek hatcheri seluas lebih kurang ½ ekar dengan kapasiti antara 800 ribu hingga 1 juta ekor sepusingan. Beliau memulakan projek hatcheri disebabkan masalah kekurangan benih Udang. Beliau telah menghantar salah seorang daripada anaknya mengikuti kursus di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) di Pulau Sayak, Kedah bagi mendapatkan kemahiran teknik pembenihan Udang Galah.

Hatcheri tersebut menggunakan teknologi sistem air pusingan untuk menjimatkan kos. Air yang telah digunakan akan dirawat semula untuk digunakan kembali. Bekalan air masin diambil daripada Kuala Sungai Baru, Melaka. Hatceri dilengkapkan dengan pemanas dan lampu untuk keperluan benih udang.

Selain daripada aktiviti akuakultur, beliau juga mengusahakan projek tanaman kebun sayur untuk menambah pendapatannya. Usaha-usaha ini dibantu oleh anak-anaknya serta beberapa orang pekerja Indonesia dan tempatan yang diambil secara sah.

Pada masa akan datang beliau akan cuba meningkatkan kadar peratus hidup udang kepada 80 peratus. Beliau juga merancang untuk mencari kawasan baru untuk menambah kolam serta membesarkan hatcheri. Encik Abu Bakar juga bercadang untuk memasarkan sendiri Udang Galah ke luar negara.

Usahawan Penternak Jaya

En Arifin bin Mustafa, berusia 39 tahun mula terlibat dalam penternakan lembu pedaging secara kecil-kecilan pada tahun 1985. Beliau memelihara 5 ekor lembu yang dibeli secara ansuran daripada penternak tempatan. Dari tahun ke tahun, beliau mengembangkan projek ternakan lembu sehingga mencapai 400 ekor pada tahun 1988. Lembu-lembu peliharaan dipasarkan secara jualan hidup disamping jualan karkas lembu yang disembelih di Rumah Sembelih Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Shah Alam, Selangor.

Pada tahun 1992, Arifin Mustafa mendapatkan pula bekalan lembu yang diimport dari Australia daripada beberapa pengimport. Dengan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor, beliau mengusahakan projek pengemukan lembu-lembu import Australia secara sistem fidlot di Bukit Kapar, Klang untuk menambah nilai kualiti daging yang dipasarkan. Melihat kepada potensi bidangusaha ini yang lebih menguntungkan, beliau terus mengembangkan projek ternakan lembu fidlot menggunakan lembu import Australia. Bagi mendapatkan bekalan lembu yang lebih terjamin, beliau mula mengimport sendiri lembu dari Australia dengan modal permulaan sebanyak RM 320,000 pada tahun 1995.

Permintaan yang tinggi serta peluang pasaran yang semakin meningkat memberi keyakinan kepada Arifin Mustafa untuk mengembangkan perniagaan. Pada tahun 1997 dengan bantuan kewangan sebanyak RM 1 juta daripada Malayan Banking Berhad, beliau meningkatkan bilangan pengimportan lembu dari Australia. Seterusnya pada tahun 1998, beliau membina kandang fidlot yang lebih besar dan moden di tanah seluas 3 hektar di Kampung Bukit Hijau, Jeram Selangor. Ladang fidlot Bukit Hijau ini mempunyai kapasiti maksimum sehingga 2,000 ekor lembu. Pada tahun 2000, beliau meningkatkan kemudahan infrastruktur ladang mengikut keperluan dan garispanduan pengamalan penternakan yang baik (GAHP) dari aspek biosekuriti dan kawalan penyakit. Arifin Mustafa sekali lagi mendapat kepercayaan Malayan Banking Berhad dengan bantuan kewangan sebanyak RM 2 juta.

Sistem penternakan fidlot menggunakan lembu-lembu import Australia diusahakan secara intensif sepenuhnya pada berat awal sekitar 250 – 280 kg. Lembu digemukkan dengan memberi makanan PKC sebanyak 7.5 – 8.2 kg seekor sehari untuk tempoh selama 100 hari. Dengan purata kenaikan berat badan antara 1.0 – 1.2 kg sehari, beliau memasarkan lembu fidlot apabila mencapai berat badan sekitar 350 – 400 kg. Bidangusaha ini yang dilaksanakan secara komersil membolehkan beliau memperolehi keuntungan yang optimum dan pulangan pendapatan yang lumayan. Beliau mengaji seramai 20 orang pekerja untuk membantu pengurusan di ladang fidlot Bukit Hijau.

Arifin Mustafa merupakan seorang usahawan penternak yang kreatif dan inovatif. Beliau memaksimumkan hasil pengeluaran ladang fidlot sepenuhnya. Disamping penjualan lembu hidup dan karkas, beliau juga menjual/mengeksport belulang (kulit lembu) ke Thailand serta menjual bahan kumbahan ladang (najis lembu) kepada kilang pemprosesan bahan getah dan sebagai baja kompos. Selain mengusahakan ternakan lembu fidlot, beliau juga mengimport dan memasarkan unta hidup untuk tujuan penyembelihan, disamping projek tanaman pisang di kawasan seluas 3 hektar bersebelahan ladang fidlot.

Bersesuaian dengan galakan Kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara, Arifin Mustafa merancang untuk mengusahakan projek ternakan kambing pedaging yang sedang dalam peringkat 50% pembinaan kandang, projek ternakan lembu integrasi di Batang Berjuntai, membina kilang memproses makanan lembu fidlot serta membangunkan rumah sembelih lembu dan pusat pemprosesan karkas/keratan daging lembu.

Hasil pendapatan daripada bidangusaha ternakan lembu fidlot membolehkan Arifin Mustafa menambah pelaburan serta memiliki harta termasuk ladang sawit seluas 12 hektar, ladang pisang dan buahan seluas 3 hektar, 10 unit rumah, 4 unit kedai, 5 buah lori, 5 buah kereta dan 10 motosikal. Beliau pernah menerima beberapa penganugerahan seperti Usahawan Jaya Negeri Selangor tahun 1996, Anugerah “Biggest Buyer” daripada ladang pengeksport lembu Australia dan Usahawan Penternak Jaya Negeri Selangor tahun 2003. Beliau juga bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan termasuk ahli RELA, ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor dan Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Klang

Ternak udang galah Risda manfaat tanah terbiar

SEBANYAK 388, 640 ekor anak benih udang galah dilepas ke dalam sepuluh buah kolam di Pusat Ternakan Udang Galah milik penuh Koperasi Pertubuhan Kecil Daerah Baling yang dikawal selia oleh pihakRisda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Negeri Kedah. Ternakan udang galah menjadi perhatian masyarakat setempat sejak akhir ini kerana industri ini mendatangkan keuntungan yang memberangsangkan. Setakat ini belum ada lagi agensi lain yang berjaya ketengahkan industri ini secara besar-besaran. Udang galah mempunyai nilai tinggi di pasaran dan kurang saingan.

Pengarahnya, Tuan Haji Abu Bakar Baharom berasa amat berbangga dengan pencapaian yang diterokai oleh pihaknya merupakan sumbangan kakitangan dengan kerjasama pekebun kecil. Ini kerana peranan Risda adalah untuk meningkat taraf pendapatan penduduk disamping berusaha mencapai objektif Risda yang dilancarkan awal tahun ini.

Sehubungan itu, kejayaan projek ini telah membuka minda pekebun kecil agar merebut peluang supaya tidak ketinggalan dalam menopoli kepesatan ekonomi negeri ini. Malah ianya membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat khususnya kepada penduduk Kampung Banggol Asam Jawa. Projek ini hanya fokus kepada pekebun kecil termiskin dalam skim Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bertujuan untuk membantu para pekebun kecil dalam peningkatan serta perubahan taraf hidup mereka.

Sejumlah 65 peserta PPRT dari daerah itu, dengan peruntukan sebanyak RM 646,000, telah memulakan projek ini ke arah membasmi kemiskinan. Lokasi yang strategik iaitu Kampung Banggol Asam Jawa Mukim Pulai, Baling menjadi pilihan pihak RISDA agar ternakan yang dilaksanakan lebih selamat dan sempurna. Kawasan ini merupakan tanah terbiar yang disewa dalam jangka masa sepuluh tahun yang diambil daripada penduduk setempat.

Kemudahan air untuk kolam datangnya dari mata air Lata Bayu. Kawasan ini hanya 300 meter dari jalan raya utama yang menghubungkan pekan Baling dengan pusat ternakan tersebut. Ini memudahkan proses pemasaran hasil ternakan udang galah nanti. Kawasan tanah sawah terbiar seluas 9.7424 hektar yang dibangunkan pihak Risda menyumbang kepada pembangunan tanah berkenaan. Kawasan seluas ini telah berjaya dibangunkan sebanyak 22 buah kolam. Dan sepuluhdaripadanya telah beroperasi pada akhir tahun 2002. Operasi penetasan udang bermula sejak akhir tahun 2001 lagi. Sehingga kini anak-anak udang berkenaan telah berusia 80 hari dijangka dituai dan dipasarkan pada awal Febuari 2002. Pasaran udang galah ini difokuskan untuk Tahun Baru Cina memandangkan daya tarikan untuk perayaan amat mengalakkan. Kajian yang rapi telah dilakukan oleh pihak Risda dan diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Pertubuhan Kecil Daerah Baling. Sumbangan yang bernas oleh pihak Risda sewajar menyambut seruan kerajaan negeri dalam mencapai impian Kedah Maju 2010 yang diwar-warkan oleh Menteri Besar Kedah. Selaras dengan itu sumbangan pihak Risda terhadap kerajaan negeri.

20a.jpg
Antara kolam udang galah milik RISDA.

20b.jpg
Udang galah berjaya ditangkap dari kolam udang yang telah dilepaskan hujung tahun lalu. Usia masih muda lagi…

20c.jpg
Kakitangan penyeliaan Projek Udang Galah, tekun memrhati seorang kakitangan yang cuba menjala udang galah.

Perak tingkat penghasilan ikan

TELUK INTAN 30 Mei - Perak akan mempergiatkan usaha meningkatkan penghasilan ikan bagi menampung permintaannya yang tinggi setiap tahun.

Pengarah Perikanan Perak, Sani Mohd. Isa berkata, sepanjang tahun lalu, sektor perikanan laut di negeri ini menghasilkan sebanyak 240,000 tan metrik menerusi 7,500 buah bot nelayan.

''Jumlah berkenaan merupakan 25 peratus daripada pendaratan ikan laut seluruh negara.

''Bagi sektor akuakultur, Perak menyumbang sebanyak 35 peratus keluaran atau 75,000 tan metrik daripada jumlah keseluruhan tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan 20,000 benih udang galah ke perairan umum di Sungai Batang Padang, di sini hari ini.

Sani berkata, antara langkah meningkatkan stok ikan di perairan umum termasuk sungai dan tasik, Jabatan Perikanan menjalankan program pelepasan benih secara berkala di beberapa kawasan yang dikenal pasti.

Sementara itu, katanya, sebanyak 10 juta bekalan benih udang galah diperlukan setiap tahun namun pihak jabatan hanya mampu mengeluarkan sekitar sejuta ekor.

Sani berkata, sebanyak lapan pengusaha benih udang swasta yang terdapat di negeri ini masih belum mampu memenuhi jumlah bekalan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Perikanan mengalu-alukan orang ramai menceburi bidang berkenaan kerana ia memberi pulangan tinggi kepada mereka.

''Bagi memastikan bekalan induk udang liar di perairan negeri berpanjangan, pihak jabatan akan meneruskan program pelepasan benih ke perairan seperti yang dibuat hari ini," katanya.

Friday, May 29, 2009

Minyak kelapa dara Sungai Besar


Natharuddin berbangga dengan minyak kelapa dara yang dihasilkan sendiri.


Khasiat minyak kelapa dara sememangnya telah tersebar bukan saja di kawasan Asia tetapi ke seluruh dunia.

Kelapa dulunya sering dikaitkan dengan kolestrol kerana dibayangi pelbagai keburukan yang memudaratkan kesihatan.

Kini minyak kelapa dara menjadi rebutan kerana khasiatnya yang telah diiktiraf secara saintifik.

Meninjau potensi minyak kelapa dara yang boleh berkembang lebih jauh, Natharuddin Jamaluddin, 51, mengambil inisiatif mempelajari kaedah memproses minyak kelapa dara.

Beliau mula meminati minyak kelapa dara selepas melawat beberapa pameran pertanian berhampiran Sungai Besar, Selangor.

"Selepas itu saya mula mengikuti kursus kaedah menghasilkan minyak kelapa dara yang diadakan oleh Pusat Latihan Pertanian di Serdang, Selangor," katanya semasa ditemui di Pusat Pemprosesan Minyak Kelapa Dara, Pejabat Pertanian Batu 39, Sungai Besar, Selangor.

Sementelah itu harga kelapa adalah rendah dan boleh didapati dengan banyak, menyebabkan beliau menjalankan usaha menghasilkan minyak kelapa dara sepenuh masa.

Bagaimanapun, perniagaan yang dijalankan sebaik tamat habis kursus itu menyebabkan Natharuddin mengalami kerugian.

"Ketika itu saya banyak membuat eksperimen dan belum lagi mahir dalam kaedah pemprosesan yang betul.

"Walaupun telah menjalani kursus, membuat sendiri memerlukan keazaman yang kuat untuk berjaya," katanya.

Natharuddin berkata, bagi menghasilkan minyak kelapa dara memerlukan kelapa yang betul-betul tua atau telah gugur.

Menurutnya, apa saja jenis kelapa boleh digunakan asalkan sudah cukup matang atau tua.

Bagi menghasilkan satu liter minyak kelapa dara, Natharuddin memerlukan 10 hingga 20 biji kelapa.

Kelapa yang telah siap diparut akan diperah untuk diambil santannya dan ditambah air paip dengan nisbah 1:1.

Santan tadi akan ditambah dengan lapisan minyak kelapa dara dan disimpan selama lapan hingga 15 jam pada suhu bilik.

"Minyak kelapa dara yang diletakkan di atas lapisan santan tadi bertindak sebagai 'umpan' atau pemangkin dalam penghasilan minyak kelapa dara," katanya.

Selepas 15 jam akan terdapat tiga lapisan dengan lapisan minyak kelapa dara di tengah-tengah.

Lapisan minyak tadi akan diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau tisu dengan kapas.

Selepas itu hasil turasan akan dibekukan bagi mengasingkan getah kelapa yang menyebabkan bau tengik.

Selepas minyak tadi cair, ia akan dituras dua kali lagi dengan menggunakan lapisan kapas lebih ketat yang mengambil masa lebih kurang lima hari.

"Biasanya proses menghasilkan minyak kelapa dara mengambil masa lebih kurang seminggu," katanya.

Natharuddin berkata, secara purata beliau boleh memproses sehingga 200 biji kelapa sehari bagi menghasilkan 10 liter minyak kelapa dara bergantung kepada permintaan.

Mengenai pasaran, beliau menjalankan pemasaran secara kecil-kecilan dan menerusi ekspo dan pameran.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan minyak kelapa dara Natharuddin boleh menghubunginya di 019-2991347.

Teknik fertigasi semakin popular

Walaupun teknik tanaman secara fertigasi telah agak lama diketahui tetapi masih ramai petani yang belum lagi mencubanya dalam skala komersial.

Ramai yang mendakwa fertigasi memerlukan kos yang besar dan memerlukan penjagaan yang optimum.

Justeru Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Agro Bank dan Mayconsult akan mengadakan Seminar Sehari Usahawan Fertigasi pada 17 Mei ini.

Bengkel sehari akan diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penceramahnya yang juga Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid telah menjalankan penyelidikan mengenai sistem fertigasi iaitu pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem.

Biasanya sistem fertigasi diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional.

Biasanya hanya beberapa jenis sayur-sayuran dan buah yang mempunyai nilai pasaran tinggi seperti cili merah, tomato, timun, zukini, terung, melon dan strawberi.

Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya bawaan tanah.

Walaupun ramai yang mengatakan kaedah fertigasi melibatkan kos yang tinggi tetapi sebenarnya kos permulaan dapat diatasi selepas satu musim selain mengurangkan penggunaan air dan baja.

Sementara itu penggunaan tenaga kerja yang minimum dengan penggunaan alat pengatur masa automatik mengurangkan kos.

Biasanya selepas satu pusingan, medium akan dirawat racun kulat sebelum digunakan semula pada pusingan akan datang.

Sehingga kini sejak fertigasi dimulakan terdapat ramai petani yang menggunakan teknik tersebut dalam tanaman mereka.

Fertigasi jika dilakukan dengan teliti dapat menjana pendapatan lumayan kepada petani.

Sejak akhir-akhir ini kajian yang dijalankan mendapati halia sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh ditanam di tempat yang sama tanpa risiko dijangkiti dengan penyakit akar.

Kini ramai pengusaha fertigasi semakin berjaya seperti Ammar Abdul Aziz dan Harun Ismail yang mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.

Walaupun berbeza latar belakang Ammar yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ekonomi manakala Harun hanya pekerja kampung tetapi matlamat mereka sama untuk membangunkan pertanian.

Kini usaha mereka telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Herba untuk masalah obesiti

Peneraju dan pengasas penggunaan sains moden dalam pembangunan produk herba, Himalaya Herbal Healthcare melancarkan inisiatif kesedaran kesihatan masyarakat.

Inisiatif Kempen Kesedaran Kesihatan Ayurslim bertujuan membantu menangani masalah kesihatan yang mengancam kebanyakan masyarakat seperti obesiti dan lebih berat badan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih satu bilion manusia seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan jika ini berterusan kadar obesiti akan meningkat sehingga 1.5 bilion menjelang 2015.

Perkara yang sama berlaku di negara ini berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan.

Dalam tempoh tujuh tahun lalu, bilangan obesiti di negara ini meningkat dari 20 ke 39 peratus dan satu daripada setiap lima orang dewasa ditakrif sebagai obes dengan 7.9 peratus wanita manakala 4.7 peratus lelaki.

Ketua Pegawai Eksekutif Embun Elit Sdn. Bhd., Pengedar Himalaya Herbal Healthcare, Marcel Gan berkata, obesiti telah mencapai tiga kali ganda dan jika tidak ditangani, ia boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain pula.

"Kami akan mengedarkan sebotol sampel Himalaya AyurSlim iaitu formula tradisional herba ayurvedic yang bertujuan membantu mengurangkan masalah berat badan pengguna," katanya.

AyurSlim terdiri daripada kandungan herbal mengandungi lima bahan aktif untuk membantu mengurangkan masalah berat badan iaitu Garcinia Cambogia, Commiphora Wightii, Gymnema Sylvestre, Terminalia Chebula dan Trigonella Foenum-Graecum.

Marcel berkata untuk mendapatkan berat badan ideal, mereka juga perlu mengubah gaya hidup.

"Kempen Himalaya Ayurslim menyediakan maklumat kesihatan yang ringkas dan padat bagi memberikan kesan optimum," katanya.

Marcel menambah, setiap individu perlu merenung kembali gaya hidup dan paras kesihatan masing-masing.

Gaya hidup dunia masa kini menjadikan manusia semakin sukar untuk hidup sihat.

"Kami berharap kempen ini akan memberikan sinar baru bagi mereka yang obes, berat badan berlebihan atau bentuk badan tidak sesuai untuk mula berubah ke arah lebih sihat," katanya.

Kempen Kesedaran Kesihatan AyurSlim telah mula disiarkan di media cetak, elektronik, pameran perdagangan dan promosi.

Kempen berkenaan bermula di Pulau Pinang pada Januari lalu diikuti Sabah, Melaka dan Johor.

Ayurslim boleh didapati pada harga runcit RM44.90 sebotol 60 kapsul.

Bagi maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Himalaya customer care line di 03-79567012 atau layari www.himalayahealthcare.com

Bisnes keluarga diladang buaya tertua


LADANG buaya Teluk Sengat telah menternak buaya spesies Crocodilus porosus sejak tahun 1979 lagi.


Menyusuri ladang kelapa sawit di kiri kanan bahu jalan raya Teluk Sengat yang terletak kira-kira setengah jam daripada Johor Bahru, anda mungkin tidak menyangka di sini terdapat sebuah ladang buaya.

Ladang buaya milik keluarga Ng yang terletak di Kampung Belanding, kira-kira 20 minit pemanduan daripada Kota Tinggi itu telah menternak buaya spesies Crocodilus porosus sejak tahun 1979 lagi.

Ia kini diuruskan oleh Ng Cheng Chiew, 50, anak sulung dari 10 beradik bersama isterinya, Ng Siew Eng. Cheng Chiew mewarisi ladang buaya seluas lapan ekar yang dikatakan tertua di negara ini daripada bapa dan datuknya, Ng Chin Chew yang juga pengasas penternakan buaya tersebut.

Kini dua anak lelakinya, Ng Zeng Hui, 18 dan Ng Zi Hui, 16 juga mulai mahir dengan pemeliharaan buaya.

Sebelum kewujudan ladang buaya itu, keluarga Ng asalnya adalah nelayan keturunan Teochow dan memiliki seekor buaya yang diturunkan dari generasi ke generasi sebagai haiwan peliharaan.

Kini, buaya di situ telah pun berusia lebih 130 tahun dan masih sihat serta ditempatkan di sebuah petak individu khas.

Nyata buaya yang telah kehilangan semua giginya itu masih menjadi tarikan utama Ladang Ng dan masih mampu memberi aksi menarik apabila diacah dengan makanan oleh 'penjinak buaya'.

Atas dasar minat dan kasih sayang datuk Cheng Chiew terhadap reptilia itu, dia telah mengumpul buaya yang ditemui nelayan-nelayan dan seterusnya melebarkan perniagaan keluarga daripada nelayan biasa menjadi pembiak buaya.

Siapa sangka ladang yang telah diusahakan selama tiga generasi itu meskipun kelihatan amat ringkas telah berkembang dan menempatkan kira-kira 1,400 ekor buaya serta pada waktu-waktu tertentu mampu menghasilkan sumber pendapatan yang lumayan kepada keluarga Ng.

Merawat asma

Percaya atau tidak dengan harga daging buaya melebihi RM80 sekilogram, seekor buaya dewasa yang boleh mencapai berat hingga 300 kilogram mampu menghasilkan pendapatan yang mencecah RM1,500 untuk setiap buaya.

Kata Cheng Chiew, daging buaya amat enak dihidangkan sebagai sup malah menurutnya amat berkesan untuk merawat asma.

Selain menjual kepada beberapa restoren makanan Cina di Johor Bahru, beliau juga membuka tempahan dan memasakkan sup tradisional Cina kepada pengunjung ladang.

Bagaimanapun, mereka menghadapi masalah menjual kulit-kulit buaya yang masih disimpan meskipun mereka mempunyai permit untuk menjualnya.

Ketiadaan pelanggan adalah masalah utama memandangkan beliau tiada orang tengah atau pengilang bagi memproses kulit-kulit tersebut.

Walaupun, perniagaan buaya boleh dikatakan mampu menjana hasil lumayan, Cheng Chiew yang turut mempunyai perniagaan bot nelayan, tidak menafikan hasil ladang buayanya amat terjejas ekoran kemerosotan ekonomi.

"Ramai orang sudah tidak mahu berbelanja atau mengadakan jamuan lagi kerana mahu berjimat, ini menyebabkan restoran juga tidak lagi membeli daging buaya. Sedangkan kos makanan dan penjagaannya amat tinggi," keluhnya.

Bagi mengekalkan kesihatan dan memelihara kualiti, sangkar-sangkar buayanya perlu kerap dibersihkan secara berkala, jadi beliau menggunakan sekitar 20 orang tenaga pekerja untuk melakukannya.

Kos makanan juga, ujarnya, sangat tinggi. Dia perlu memberi makan kepada seribu ekor buaya yang berusia dua tahun ke atas yang mana setiap seekor memerlukan sebanyak enam atau tujuh ekor ayam atau daging lembu beku setiap kali makan.

Makan udang

Lain pula kisahnya dengan anak-anak buaya yang berusia kurang dua tahun. Sekitar 400 ekor buaya kecil diberi lebih perhatian di sangkar khusus di kediaman Ng dengan kumpulan buaya paling muda berusia kira-kira tujuh bulan. Anak-anak buaya ini diberi makan udang tanpa kulit setiap hari.

Terbaru, bilangan buaya ladang Ng bertambah lagi sebanyak 13 ekor yang baru menetas dua minggu yang lepas. Bayi-bayi buaya itu memerlukan penjagaan yang lebih terperinci dan ditempatkan di dalam bekas istimewa kerana ia tidak boleh hidup dalam persekitaran yang terlalu sejuk atau panas.

Mereka juga tidak boleh terlalu lapar atau kenyang kerana dikhuatiri jatuh sakit. Oleh itu, kata Cheng Chiew, anak-anak buaya itu dijaga sepenuh masa oleh emaknya, Tan Tuay Siang, 70, di kediaman Ng.

Keluarga Ng tidak mempunyai banyak masalah memelihara 1,400 buaya mereka. Malah semasa banjir besar yang menjejaskan seluruh Johor hampir dua tahun lepas, kawasan ladang Ng sama sekali tidak terjejas ekoran dibina di lokasi yang amat strategik.

Jelas Cheng Chiew lagi, buaya-buayanya amat sihat dan bilangannya pasti meningkat setiap tahun. Seekor ibu buaya di ladang boleh bertelur sehingga 1,000 biji telur setahun. Sarang buaya yang menempatkan telur-telur akan dijaga dengan ketat oleh ibu buaya yang garang.

Tetapi bukan semua berjaya ditetaskan ekoran ancaman pemangsa seperti biawak dan ular. Juga banyak daripada telur yang rosak sehingga menyebabkan kadar kemandirian telur yang berjaya ditetaskan hanya sekitar 20 hingga 40 biji sahaja.

Buaya-buaya muda yang masih boleh membiak ditempatkan di dalam petak separa kolam berpasir besar, manakala buaya-buaya yang lebih tua berusia sekitar 90 tahun di tempatkan dalam petak-petak individu khas.

Hubungi 07-8955220 untuk maklumat lanjut atau bagi menempah lawatan berpandu ke ladang yang beralamat No. 58, Jalan Belanak, Kampung Belanding Teluk Sengat.

Musim pengambilan pelatih Skill-Tech rancak

Seperti lazimnya, bulan Mei hingga Julai setiap tahun adalah musim kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi atau pusat latihan kemahiran seluruh negara.

Mereka akan memilih pelbagai kursus mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

Institut Skill-Tech juga tidak terkecuali membuka tawaran kepada golongan belia untuk mengikuti latihan pertanian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Lebih-lebih lagi, mulai tahun ini, pakej skim kluster latihan kemahiran sumber manusia membolehkan Skill-Tech membuat pengambilan secara besar-besaran.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata, inilah masa yang sesuai untuk generasi muda menyertai Skill-Tech kerana masa depan industri pertanian sangat cerah.

"Keyakinan masyarakat kian terbukti kerana semakin ramai yang memohon ke pusat latihan kami,'' katanya.

Pada masa ini, Skill-Tech satu-satunya pusat latihan kemahiran swasta yang menawarkan kursus berasaskan pertanian sepenuhnya.

Setiap pelatih juga tidak perlu memikirkan soal pembiayaan dan sara diri kerana semua pelatih skill-tech yang mengikuti program SKM tahap 1 dan 2 dibiayai sepenuhnya secara percuma selama setahun.

Ini termasuklah soal makan dan minum mereka.

Tambah Nordin lagi, peluang keemasan seumpama ini perlu direbut segera kerana peruntukan yang disediakan masih ada.

Sementelahan peluang masih ada mereka hendaklah mengambil peluang mengikuti kursus yang diminati.

Seperti mana yang diuar-uarkan sebelum ini, Skill-Tech turut menyediakan pakej niaga sebaik tamat latihan dengan pemantauan penuh Institut Keusahawanan Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Semua graduan digalakkan memilih perniagaan sebagai pilihan utama.

Selain itu, mereka yang berkeupayaan menyambung peringkat tinggi pula boleh mengikuti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang pertanian. Pembiayaan peringkat diploma akan diaturkan.

Kelebihan DKM kepada pelatih membolehkan mereka menjadi tenaga kerja pertanian professional pada masa depan. Difahamkan pada masa ini lulusan DKM pertanian sangat sedikit dan hanya dijalankan secara terhad di pusat latihan pertanian kerajaan.

Skill-Tech dijangka akan memulakan DKM pada penghujung tahun ini sebagai perintis melahirkan tenaga mahir bertaraf diploma di Malaysia.

Memandangkan SKM dan DKM Skill-Tech menggunakan modul Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, taraf dan standard latihan adalah setara dengan pusat latihan kerajaan.

Oleh itu, peluang keemasan yang disediakan kerajaan di Institut Skill-Tech hendaklah direbut segera sebagai pembinaan masa depan yang cemerlang sebagai petanih terlatih, moden dan jutawan hingga peringkat antarabangsa.

Ternak keli teknik Pro-Asli menjimatkan

BENGKEL ternakan ikan keli kaedah Pro-Asli yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 9 Mei lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Lebih 400 orang telah menyertai bengkel yang mengetengahkan tentang kaedah pemakanan alternatif ikan keli yang dilihat jauh lebih menjimatkan.

Sepanjang bengkel tersebut, peserta telah didedahkan kepada dua teknik ternakan iaitu ternakan kaedah konvensional yang menggunakan makanan pelet 100 peratus dan ternakan kaedah Pro-Asli yang dapat mengurangkan kadar pemberian pelet atau tanpa pelet mengikut skala ternakan yang dijalankan.

Menerusi slot pertama, tumpuan lebih kepada ternakan konvensional termasuklah penyediaan kolam ternakan, penyediaan air, benih, teknik pemberian makanan, pengiraan kos makanan dan kos operasi, penggredan dan pensampelan, pengurusan selepas tuai dan sebagainya.

Slot kedua tertumpu kepada perbandingan slot pertama dengan kaedah Pro-Asli bermula penyediaan air ternakan sehingga tuaian.

Paling utama adalah pengiraan kos makanan yang dapat dijimatkan berbanding penggunaan pelet semata-mata.

Bengkel tersebut dilihat sesuai kepada semua penternak sama ada penternak baru menceburi ternakan keli mahupun mereka yang telah lama berkecimpung tetapi ingin mengetahui dan berkongsi pengalaman kaedah ternakan kaedah Pro-Asli.

Kaedah ini lebih menekankan cara untuk menjimatkan kos ternakan.

Seperti yang diketahui, kos makanan khususnya pelet amat membebankan penternak dan telah menyebabkan ramai penternak telah berundur diri.

Ini kerana, penternak yang menggunakan 100 peratus pelet tidak dapat menjual hasil ternakan mengikut harga pasaran biasa akibat kos makanan yang terlalu tinggi.

Kaedah pro-asli dilihat sebagai satu alternatif terkini dalam mengimbangi kos pelet yang terlalu mahal.

Terdapat dua pendekatan utama di dalam kaedah pro-asli iaitu:

l Bagi penternak sara diri, mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan pelet, sebaliknya menjadikan sisa dapur seperti lebihan nasi, sayur dan roti sebagai makanan keli ataupun

l Bagi penternak komersial, mereka masih menggunakan pelet tetapi pada kuantiti yang lebih sedikit.

Dengan penggunaan vitamin keli, serapan zat dan nutrisi pelet dapat ditingkatkan semaksimum mungkin.

Penggunaan mineral keli di peringkat awal juga berjaya mengurangkan kadar pemberian pelet atau makanan lain kepada tiga kali seminggu kerana air ternakan telah dibekalkan makanan semula jadi.

Secara ringkasnya, kos makanan sepanjang ternakan bagi sekilogram keli hanya menelan belanja serendah antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kos penggunaan 100 peratus pelet yang biasanya melibatkan kos paling minimum RM4.50.

Bagi menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada orang ramai, Perintis Agrotech Centre telah merangka satu program jelajah ke seluruh negara dan bagi yang berminat, boleh daftarkan diri di talian 03-61873796 atau 019-6634527.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 sahaja.

Lokasi Bengkel Ternakan Keli Pro Asli seterusnya adalah seperti berikut:-

lKolej Komuniti Pasir Salak - 23 Mei

lBatu Pahat, Johor - 30 Mei

lSg. Petani Kedah - 13 Jun

lKota Bharu, Kelantan - 27 Jun

lKuching, Sarawak - 5 Julai

lKota Kinabalu Sabah - 18 Julai

Dari air ke manisan tebu


Wan Hamidatun Wan Ishak membantu ibunya Hindon Abdullah menghasilkan air manisan tebu di rumah mereka di Kupang, Kedah.


Biasanya kita tidak akan merasai kepuasan dengan hanya sekali meminum airnya. Air tebu sememangnya minuman yang popular terutama ketika dijadikan penghilang dahaga ketika umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadan.

Kita juga mengetahui, tebu adalah tanaman yang digunakan untuk menghasilkan gula yang menjadi keperluan bagi segenap manusia.

Namun di sebalik keenakan airnya agak jarang bagi kita mengetahui air tebu boleh menghasilkan produk lain yang mampu menjadi daya tarikan terbaru dalam dunia makanan.

Manisan tebu satu lagi produk berasaskan air tebu yang begitu manis tetapi mengambil masa yang agak panjang untuk menghasilkannya.

Dua beranak di Kampung Tiak Kupang, Kedah mencetuskan idea baru mengeluarkan produk manisan tebu selepas kebun tebu yang seluas lebih satu hektar digunakan sepenuhnya untuk menambah pendapatan keluarga.

Hindon Abdullah,53, dan anaknya, Wan Hamidatun Wan Ishak, 24, yang mengusahakan kebun tebu ternyata tidak mempersiakan kerana memanfaatkan tebu bagi menghasilkan produk yang boleh dipasarkan dengan meluas.

Menjelaskan lebih lanjut Hindon berkata, selain menjual tebu dan airnya, beliau terfikir manisan tebu yang biasanya menjadi amalan orang terdahulu yang mengilhamkan pelbagai makanan untuk memenuhi cita rasa masing-masing.

"Oleh kerana pengeluaran tebu yang semakin banyak menyebabkan kami berusaha mengeluarkan manisan tebu istimewa ini," katanya.

Menurut Hindon, walaupun proses membuat dan menghasilkan manisan tebu agak rumit dan mengambil masa yang lama, namun dia tekad untuk terus menjalankan perniagaan ini kerana mampu menambah pendapatan keluarganya.

Hindon menambah pada peringkat awal dia hanya memproses air tebu pada jumlah yang sedikit iaitu antara 30 hingga 50 kilogram sekadar mencuba.

"Selepas manisan tebu dihasilkan saya hanya menjual secara kecil-kecilan di tepi jalan berhampiran rumah," ujarnya.

Tetapi ibu kepada enam anak ini tidak menjangka sambutan yang agak menggalakkan sehingga menerima banyak tempahan daripada orang ramai.

Tambahnya, pasaran pertama datang dari Kelantan kerana dia menjual ditepi jalan Kupang ke Grik dan Kelantan.

Manisan tebu keluaran Syarikat Gadis Tebu Enterprise ini ternyata kini menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah mendapat tempahan dari peniaga dari Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor Baharu.

Dari satu mesin memproses air tebu, kini syarikat berkenaan mempunya tiga mesin bagi mempercepatkan pengeluaran manisan tebu.

Bagi Wan Hamidatun, proses membuat manisan tebu memerlukan ketelitian termasuk memilih tebu terbaik bagi mengelak manisan mudah masam.

"Proses memilih tebu perlu dibuat dengan teliti kerana jika tersilap menyebabkan manisan menjadi masam," katanya.

Mengenai proses membuat manisan, Wan Hamidatun berkata, selepas proses memilih tebu beliau akan mengikis batang tebu bagi membuang debu untuk mengelak termasuk ke dalam airnya selepas diperah.

Kemudian tebu akan dimasukkan ke dalam mesin bagi mengeluarkan airnya dan ditapis.

Menurut Wan Hamidatun, proses menapis dilakukan sebanyak dua kali bagi membuang sisa yang termasuk ke dalam airnya.

Proses seterusnya ialah memasak air tebu itu yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam.

Kini kedua-dua beranak tersebut mampu mengeluarkan antara 100 hingga 150 kilogram manisan air tebu.

Manisan yang siap dimasak akan disejukkan sebelum dibotol dan dilabelkan.

Tambah Wan Hamidatun, manisan tebu yang seberat 340 mililiter akan dijual dengan harga RM5.00 sebotol.

Selain dimakan begitu sahaja manisan tebu akan lebih enak lagi jika dicecah dengan roti.

Kebiasaan orang tua dahulu memilih manisan tebu untuk dimakan dengan ubi kayu atau dibuat pengat.

Penangan manisan tebu akan lebih bermakna dicecah dengan ubi kayu yang dimakan bersama parutan kelapa sudah cukup kesedapannya.

Bagi Wan Hamidatun, dia begitu teruja untuk memasarkan produk keluaran syarikatnya memasuki pasar raya besar kerana dia yakin produk seperti itu belum pernah menakluki pasaran tersebut.

Evolusi industri perikanan


Penyelidikan dalam pembiakbakaan ikan secara aruhan menjadi trend yang membantu melonjakkan industri akuakultur.


Akitiviti Perikanan negara bermula sejak sekian lama dan Jabatan Perikanan yang diasaskan pada 1894 menjadi peneraju kepada aktiviti tersebut sehinggalah sekarang.

Dengan jumlah nelayan kira-kira 89,000 dan 20, 000 penternak akuakultur, aktiviti perikanan rancak berkembang dan sebahagiannya didorong oleh adanya teknologi yang mula diperkenalkan dengan hebat di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (1991-2010)

Berikut beberapa perkembangan sejarah aktiviti perikanan sehinggalah kepada pembabitan tenaga pakar dalam penyelidikan perikanan termasuk yang terbaru iaitu teknologi pembekuan sperma ikan.

l1894-Aktiviti Perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai sara diri bagi mereka yang mendiami kawasan pantai dan sungai

l1920-an : Ternakan ikan kap cina dan sepat siam diperkenalkan

l1930-an : Ternakan udang laut diperkenalkan menggunakan trapping point'

l1940-an : Ternakan keran digiatkan

l1950-an : Ternakan ikan hiasan, tilapia, lampam jawa, kap india dan udang galah diperkenalkan.

l1960-an: Ternakan udang galah (Macrobrachium rosenbergii ) dimulakan selepas kejayaan membiakkannya dicapai.

l1978 : Ternakan rumpai laut (Euchema cottoni) diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah.

l1979: Ternakan siput sudu diperkenalkan

l1980-an : Pembangunan projek komersial bermula dengan adanya spesies seperti udang laut, tilapia merah dan pengenalan teknologi pembenihan ikan, makanan ternakan dan pengurusan ladang akuakultur.

l1986 : Institut Penyelidikan Perikanan menjalankan kajian pemindahan benih kupang bagi meningkatkan pengeluaran.

l1986 : Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Gelang patah berjaya membaiki sistem asuhan benih ikan siakap dengan menggunakan sistem palung Raceway GP300 iaitu sistem air secara mengalir terus yang dapat mengawal suhu dan kualiti air yang lebih baik berbanding sistem tertutup.

l1986 : Institut Penyelidikan Perikanan berjaya menjalankan kajian untuk mereka bentuk sistem pembersihan kerang sebelum dipasarkan.

l1987 : Ternakan kupang menggunakan sistem para diperkenalkan bagi kawasan yang terdedah kepada ombak di mana tidak sesuai untuk sistem rakit.

l1988 : Jabatan perikanan bersama bantuan teknikal dari Program BOBP (Bay of Bengal Programme) berjaya menjalankan kajian ternakan tiram spesies Crassostrea iredalei, C. belcheri dan Ostrea folium.

l1989 : Ternakan rumpai laut (Euchema cottoni) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha di Semporna, Sabah.

l1991 : Bawal Emas (Trachinotus blochii) diperkenalkan.

l1990 : Pusat Pengeluaran Dan penyelidikan Benih Udang Kebangsaan, Pulau Sayak mula menjalankan kajian pembenihan ketam nipah.

l1990 : Pusat Pengeluaran Dan penyelidikan Ikan Laut, Tg. Demong berjaya membiakkan ikan jenahak (kejayaan pertama di Malaysia) dalam makmal dengan bantuan pakar perunding Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

l1992 : Percubaan pertama di Malaysia ternakan ikan dalam sangkar di laut terbuka jenis Flexfloat di Teluk Dalam, Pulau Perhentian yang dikendalikan oleh Pusat Pengeluaran Dan Penyelidikan Ikan Laut, Besut, Terengganu. Ia diperbuat dari bahan high density polyethylene (HDPE), tahan angin dan ombak serta dapat mengoptimumkan penggunaan perairan laut.

l1992 : Jabatan memperkenalkan peralatan menggred kerang.

l1998 : Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Laut Terbuka dimulakan di Langkawi, Kedah untuk tujuan meningkatkan pengeluaran ikan negara yang menggunakan teknologi Norway.

l2000 : Pusat Pengembangan Akuakultur, Jerantut, Pahang berjaya menjalankan kajian pembiakan kelah.

l2001 : Kejayaan pertama Institut Penyelidikan Perikanan dalam kajian pengeluaran benih abalone dalam makmal.

l2005 : Ternakan udang putih eksotik (Litopenaeus vannamei) dibenarkan sebagai alternatif kepada ternakan udang harimau yang menghadapi masalah penyakit.

l2006 : Pameran Antarabangsa Aquafair yang pertama di Malaysia untuk meneroka pasaran terus antarabangsa bagi ikan hiasan. Program berkenaan merintis jalan kepada kepada pengusaha untuk mengukuhkan pasaran eksport dan meletakkan Malaysia sebagai pembekal utama ikan hiasan dunia.

l2006 : Pusat Pengembangan Akuakultur, Jerantut dan Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Jelebu berjaya menghasilkan benih ikan kelah.

Pujuk pokok kabung keluarkan nira


Nurdin Baddusa membersihkan tandan buah nira sebelum dikutip niranya di Ladang Sungai Balung, Tawau, Sabah.


Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya, Arenga pinnata, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah, dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah, menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

''Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya.

"Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

''Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Kalau tidak dibuat begini air nira tidak akan keluar", kata Nurdin Baddusa, 49, yang telah menjalankan kerja mengutip air nira sejak tujuh tahun lepas.

Menurut Nurdin, ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan.

"Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar langsung," kata Nurdin ketika ditemui di Ladang Sungai Balung, kira-kira 60km dari sini.

Beliau adalah seorang daripada kira-kira 20 pekerja pemungut air nira di ladang berkenaan. Menurut Nurdin amalan berkenaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berterusan sehingga bunga pada tandan pokok Kabung kembang.

''Apabila bunga pada tandan berkenaan sudah kembang, tandan berkenaan bolehlah dicantas dan jika aliran air niranya sudah agak deras ia boleh ditadah dengan bekas yang direka khas.

"Jika belum deras, bahagian hujung tandan yang dicantas itu perlu dihiris sebaiknya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang sehingga aliran niranya deras", katanya.

Nurdin berkata, nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Katanya, nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Arenga Pinnata Syrup).

"Kami memproses kira-kira 700 kg nira kabung sehari," kata Masriani Mansor, ahli teknologi makanan di kilang pemerosesen sirap nira kabung berkenaan.

Sementara itu Pengurus Besar Kebun Rimau Sdn Bhd K.Arunagirinathan yakin sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.

Menurutnya, gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

''Kami sudah menanam kira-kira lebih 5,000 pokok kabung daripada jenis benih bermutu tinggi meliputi kawasan seluas kira-kira 809 hektar di Ladang Sungai Balung.

''Dalam tempoh 10 tahun dari sekarang mungkin kami perlu membina kilang memproses sirap nira kabung atau gula merah yang lebih besar.

''Saya juga yakin suatu hari nanti sirap nira kabung ini akan menjadi sumber gula utama di negara ini malah mungkin juga menjadi pilihan utama penduduk dunia kerana kebaikannya dari segi kesihatan", katanya.

Arunagirinathan berkata, sirap nira kabung yang dikeluarkan syarikat berkenaan yang kini sudah berada dalam pasaran tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna atau perasa tiruan sebaliknya keasliannya dikekalkan.

Katanya, idea penanaman pokok kabung berkenaan secara besar-besaran bermula sembilan tahun lepas apabila pengerusi syarikat berkenaan Datuk Harris Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah membawa benih pokok berkenaan dari Indonesia.

Menurutnya, sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.

Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan

Ruminan lubuk emas pelatih Skill-Tech


NOrdin Abd. Malek ingin berkongsi keseronokan dengan peserta supaya melibatkan diri dalam ternakan ruminan.


RUMINAN adalah penternakan haiwan seperti kambing, lembu, unta dan kerbau. Bagi penternakan haiwan berkenaan, hasil ternakan yang pelbagai dan memberi nilai komersial yang tinggi disebut sebagai nilai emas.

Emas yang diumpamakan bukanlah perhiasan wanita tetapi hasil produk ternakan iaitu apa yang disebut emas putih yang merujuk kepada susu.

Manakala emas hitam pula merujuk kepada najis yang boleh dibuat baja serta emas merah pula yang merujuk kepada daging.

Menurut Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek, menyedari nilai komersial yang tinggi terhadap penternakan kambing, Skill-Tech memperkenalkan kursus baru yang dikenali sebagai kursus kemahiran ruminan.

Ternyata permintaan yang tinggi menggembirakan beliau.

''Ambilan pertama baru-baru ini membuktikan generasi muda mampu menjadi tenaga kerja dan usahawan ruminan secara terlatih dan profesional,'' kata Nordin.

Sepanjang tempoh setahun, semua pelatih ruminan, setiap pelatih akan mempelajari aspek-aspek berikut:

1. Kebersihan dan Penyelenggaraan Ternakan

2. Pengasingan dan Kekangan

3. Pemberian Makanan

4. Pemerahan Susu

5. Penjagaan Anak Ruminan

6. Pengesanan Biang

7. Penyediaan Peralatan dan Penjagaan Kesihatan

8. Pengurusan Pastur, Proses Rumput dan Makanan

9. Pemagaran dan Makhluk Perosak

10. Pengendalian Baja Organik

11. Pelupusan Bangkai

12. Penyelenggaraan Stor.

Selain syarat wajib pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)di atas, Skill-Tech menekankan aspek pemasaran dan pengeluaran ternakan makanan halal.

Bagi memastikan kemahiran yang mencukupi, semua pelatih akan ditempatkan di pusat penternakan komersial setiap semester. Peringkat pertama Latihan Industri (LI) akan menumpukan kepada proses penternakan manakala kemahiran kedua LI menumpukan kepada pemasaran dan perniagaan.

Tidak ketinggalan juga, satu bisnes baru sebagai sumber hiliran ruminan ialah pelancongan pertanian.

Memandangkan Skill-Tech adalah pusat latihan pertanian berintegrasi, sudah ramai pelancong yang berminat berkongsi pengetahuan dan pengalaman ruminan.

Oleh itu penternakan ruminan telah dijadikan sebahagian produk pelancongan di Skill-Tech.

Setelah tamat latihan, Skill-Tech merancang untuk meletakkan mereka dalam skim inkubator yang sudah dikenalpasti mentor terbabit. Antaranya, Skill-tech akan bekerjasama dengan beberapa buah syarikat yang berpengalaman terutama sebuah syarikat penternakan kambing terbesar di Marang, Terengganu.

Justeru, golongan muda yang berusia 16 hingga 35 tahun adalah dipelawa mengisi kekosongan terhad yang masih ada dengan menghubungi 06-5531416/18.


Monday, May 25, 2009

info tanaman jagung

Tanaman Jagung seperti yang diketahui adalah salah satu bisnes yang menguntungkan. Boleh buat duit kalau tahu pasarannya dan selok belok pasal jagung ni. Disini anda boleh dapatkan artikel mengenai masalah -masalah yang perlu dihadapi oleh petani untuk mengenali tahap kualiti jagung…

Adakah tanaman jagung anda menyerupai gambar di sebelah? Atau berwarna ungu-kemerahan?
Dapatkah anda mengenali masalah pada tanaman jagung dan cara-cara membetulkannya?

Latar belakang

Apakah engkau sudah mengecek tanaman jagungmu musim ini? Petani jagung harus belajar mengenal gejala pada gambar-gambar dalam brosur ini – gejala kahat satu atau lebih hara esensial yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman yang sehat untuk memperoleh hasil yang menguntungkan. Engkau dapat menjadi dokter untuk tanaman jagungmu sendirl. Melihat kebun secara teratur dan mengidentifikasi gejala dari suatu masalah merupakan aspek penting dari budidaya tanaman.

Keuntungan optimum dari investasi untuk produksi tergantung dari suplai hara yang cukup selama pertumbuhan tanaman. Gejala kahat hara yang timbul disebabkan karena kebutuhannya tidak terpenuhi. Hendaknya kebun dicek beberapa kali selama satu musim. Kahat hara yang dapat dideteksi dini dapat diatasi dengan pemupukan dalam alur di sisi tanaman. Andaikata tidak dapat diatasi dalam tahun ini, asal diketahui di mana masalah tersebut timbul, maka sudah merupakan informasi yang sangat berarti untuk perencanaan pemupukan pada musim berikutnya.

Daun tanaman yang sehat harus berwarna hijau tua. Hal ini menunjukkan bahwa daun tersebut berkadar klorofil tinggi yang sangat dibutuhkan untuk menangkap sinar matahari untuk menghasilkan gula yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tanaman. Suatu cekaman atau kahat hara akan mengubah warna daun dan menurunkan produksi gula.

Kahat nitrogen

Kahat nitrogen (N) tidak mudah dideteksi waktu tanaman masih muda. Namun bila berwarna hijau kekuningan, maka kemungkinan tanaman kahat N. Bila kahat N dapat dideteksi dini, pemberian pupuk N dalam alur di sisi tanaman dapat mengatasi masalah ini.

Setelah tanaman kira-kira setinggi lutut, tingkat pertumbuhan akan meningkat yang diikuti dengan kebutuhan N yang meningkat cepat. Kebutuhan 3, 4 kg N/ha/hari adalah umum dan kebutuhan ini meningkat dua kali lipat saat pertumbuhan maksimum. Bila N tidak tersedia dalam jumlah cukup, maka warna ujung daun tua akan berubah menjadi kuning dan warna ini akan berkembang sepanjang tulang daun utama. Karena N sifatnya mobil dalam tanaman, gejala kahat N ini berangsur-angsur akan merambah ke daun-daun di atasnya. Daun tua kemudian akan mati. Uji N jaringan tanaman dapat dilakukan dengan menggunakan indikator kimia atau alat elektronik untuk membantu mengdiagnosis kahat N ini. Tanaman mati muda dengan tongkol yang kecil dan bijinya sedikit.

Kahat fosfor

Kahat fosfor (P) umumnya sudah tampak waktu tanaman masih muda. Gejala awal dimulai dengan daun yang berwarna ungu-kemerahan. Tangkai yang lemah dan kecil tanpa tongkol atau tongkolnya kacil dan melilit – juga merupakan indikasi kahat P. Suhu rendah dan udara kering atau sangat basah pada awal pertumbuhan atau restriksi fisik untuk pertumbuhan akar dapat menyebabkan kahat P, meskipun P dalam tanah cukup. Kahat P juga menyebabkan panen terlambat. Serapan P yang banyak per hari saat pertumbuhan yang cepat menekankan pentingnya kesuburan tanah yang tinggi yang mampu menyuplai hara P yang cukup.

Kahat kalium

Kahat kalium (K) dimulai dengan warna kuning atau kecoklatan sepanjang pinggir daun pada daun tua. Warna tersebut akan berkembang ke arah tulang daun utama dan pada daun-daun di atasnya. Gejala umum kahat K lainnya adalah warna coklat tua pada buku batang bagian dalam dan dapat diketahui dengan mengiris batang secara memanjang. Ukuran tongkol kadang-kadang tidak terlalu dipengaruhi seperti halnya pada kahat N dan P, tetapi biji-biji jagung pada ujung tongkol tidak berkembang dan tongkol jagung banyak kelobotnya dengan biji sedikit sebagai akibat kahat K. Kalium juga merupakan faktor utama dalam efisiensi penggunaan air dan karena itu pengaruh kekeringan akan lebih nyata bila tanaman kahat K. Saat kebutuhan maksimum menyebabkan serapan K lebih banyak daripada N. Hal ini menunjukkan pentingnya kesuburan tanah yang tinggi untuk mencapai produksi yang menguntungkan.

Kahat hara lainnya

Kecuali N, P dan K, kahat hara lainnya tidak sering dijumpai di lapang, tetapi dapat merupakan pembatas penting produksi. Kahat belerang (S) tampak pada daun muda yang berwarna hijau muda dengan pertumbuhan yang terhambat. Sering dijumpai pada tanah berpasir atau tanah dengan kadar bahan organik rendah. Berbagai pupuk yang mengandung S dapat digunakan untuk mengatasi masalah ini.

Kahat magnesium (Mg) menyebabkan timbulnya warna keputihan sepanjang kanan kiri tulang daun pada daun tua dengan warna merah keunguan sepanjang pinggir daun. Gejala ini dapat merupakan indikasi bahwa tanahnya masam, terutama timbul pada tanaman muda dengan pengolahan tanah yang kurang intensif. Pemberian dolomit dapat mengatasi masalah kahat Mg ini pada tahun-tahun berikutnya. Bila pH tidak merupakan masalah, maka sumber Mg lainnya seperti Kalium-Magnesium-Sulfat dapat mengatasi kahat Mg ini.

Daun pucuk yang mengering atau melilit merupakan indikasi kahat tembaga (Cu). Kahat seng (Zn) ditandai oleh garis-garis klorotik yang paralel dengan tulang daun utama pada daun muda, ruas pendek dan tanaman kerdil. Tanaman tanpa tongkol atau tongkolnya steril pada pertanaman dengan populasi tinggi yang mendapat pupuk cukup dapat disebabkan oleh kahat boron (B).

Lahan masam mempengaruhi serapan berbagai hara dan dapat menyebabkan tanaman kahat hara, meskipun tanaman dipupuk cukup. Uji tanah perlu dilaksanakan secara teratur untuk mengidentifikasi masalah-masalah yang berkaitan dengan pH dan memonitor kadar P dan K tanah. Uji nitrat pada profil tanah akan memberikan informasi yang baik untuk arahan pemupukan N di daerah di mana residu nitrat masih tersisa dari musim sebelumnya. Di daerah yang lebih lembab, uji nitrat kurang diperlukan dibandingkan dengan uji pH, P dan K.

Periksa menyeluruh

Sebagai dokter tanaman jagung, hendaknya ‘pasien’ diperiksa secara menyeluruh. Catat penampilan umum dari suatu kebun dan bandingkan antara daerah ‘bermasalah’ dengan daerah ‘normal’ yang sehat. Cabut atau bongkar beberapa tanaman dari daerah ‘normal’ dan ‘bermasalah’. Secara hati-hati periksa akar, iris batang, dan teliti perkembangan tongkol. Perhatikan pula masalah hama dan penyakit yang timbul. Contoh tanaman yang diambil dari daerah ‘bermasalah’ dan ‘normal’ selama pertumbuhan tanaman dapat memberikan diagnosis setelah dianalisis di laboratorium.

Buatlah catatan detail mengenai apa yang dilihat dan dimana lokasinya. Gunakan kamera untuk mengdokumentasi daerah ‘normal’ dan ‘bermasalah’ dalam gambar, foto atau video. Bila menggunakan kamera video, berikan penjelasan mengenai gejala tersebutdan keadaan lapangan. Jangan lupa mencatat lokasi dan tanggal membuat foto. Dokumentasi semacam ini dalam bentuk catatan dan gambar adalah sangat berharga untuk perencanaan pertanaman pada musim berikutnya.

Pada saat panen, hendaknya dilihat dan diperiksa tongkolnya sebelum dicampur dengan yang berasal dari kebun lainnya. Sekali lagi diingatkan bahwa catatan yang terperinci dapat menjadi alat perencanaan yang berguna untukmengatasi masalah pada musim berikutnya. Kebun yang buruk, tanaman tidak bertongkol dan tongkol yang salah bentuk merupakan indikasi kahat hara. Kumpulkan contoh tanah dari daerah ‘bermasalah’ tersebut, juga dari daerah yang ‘normal’. Dengan membandingkan hasil analisis laboratorium dari kedua contoh tersebut dapat membantu mengdiagnosis tanaman yang kahat hara.

Menjadi dokter yang baik dan belajar mengidentifikasi berbagai kahat hara dan masalah lainnya yang berkaitan dengan kesehatan tanaman merupakan aspek penting dari budidaya tanaman yang berhasil. Pemupukan yang tepat yang didasarkan atas uji tanah, bersama-sama dengan aspek-aspek budidaya lainnya yang baik merupakan kunci untuk mencapai hasil yang efisien dan ekonomis.

Gejala Daun

Daun SEHAT mengkilat dan berwama hijau tua bila tanaman mendapat suplai hara yang cukup.

Kahat FOSFOR daunnya berwarna ungu-kemerahan, terutama pada tanaman yang masih muda.

Kahat KALIUM ujung dan tepi daunnya berwarna kekuningan atau mengering.

Kahat NITROGEN dimulai dengan wama kekuningan pada ujung daun dan berkembang sepanjang tulang daun utama.

Kahat MAGNESIUM menyebabkan timbulnya garis-garis keputihan sepanjang tulang daun dan seringkali timbul warna ungu pada bagian bawah dari daun tua.

KEKERINGAN menyebabkan tanaman berwarna hijau-keabuan; daun-daun menggulung sebesar pensil.

PENYAKIT Helminthosporium dimulai dengan bercak kecil dan berangsur-angsur berkembang pada seluruh daun.

ZAT KIMIA kadang-kadang menyebabkan ujung dan tepi daun seperti terbakar. Jaringan daun mati dan daunnya seperti bertopi putih

Gejala Batang

1. Batang SIHAT mempunyai ukuran normal. Batang tersebut bila dipotong memanjang akan terlihat bagian dalam batang berwarna keputihan dan sehat.

2. Tanaman perlu dipupok KALIUM apabila batang dipotong menunjukkan wama coklat pada bukunya.

3. Kahat FOSFOR mempunyai batang yang lemah dan kecil, kadang-kadang tanaman tidak membentuk tongkol atau tongkolaya kecil. Perhatikan warna ungu pada daun tua.

4. Tanaman jagung membentuk ANAKAN bila tanaman dipupuk terlalu banyak Nitrogen pada awal pertumbuhan.

5. Gejala serangan PENYAKIT pada batang juga menyebabkan timbulnya ikatan pembuluh yang berwarna kehitaman pada batang bagian atas dengan warna yang lebih gelap pada batang bagian bawah. Busuk pada batang bagian dalam menyebabkan tanaman cepat mati dan batangnya patah. Tongkolnya mengecil dengan banyak kelobot dan bijinya ringan.

Gejala Akar

AKAR YANG BANYAK DAN DALAM dari tanaman sehat dan berproduksi tinggi menjelajah areal yang luas dari profil tanah.

FOSFOR pada awal pertumbuhan menyebabkan sistem perakaran dangkal dan sedikit.

CACING AKAR makan akar halus dan membuat lubang pada akar-akar yang besar.

DRAINASE BURUK dengan lapisan olah yang keras menyebabkan sistem perakaran tumbuh dangkal dan mendatar. Tanaman jagung dengan akar dangkal tidak tahan kekeringan dan mudah rebah oleh angin kencang.

TANAH MASAM menyebabkan akar bagian bawah berubah warna dan busuk, terutama pada akar penunjang yang tumbuh pada buku ketiga dan keempat.

AKAR POTONG disebabkan oleh pembajakan. Membajaknya terlalu dalam dan terlalu dekat tanaman.

Kerusakan karena ZAT KIMIA menyebabkan akar menjadi bengkok. Akar penunjang yang menyatu merupakangejalalainnya.

Gejala Tongkol

TONGKOL NORMAL yang mendapat cukup pupuk dan berproduksi tinggi, beratnya sekitar 150-225 gram. Ujung kelobot fidak penuh berisi biji.

TONGKOL BESAR yang beratnya lebih dari225gram dengan bijiyang memenuhi ujung kelobot merupakan indikasibahwa populasi tanaman terlalu sedikit untuk mencapai produksiyang menguntungkan.

TONGKOL KECIL menunjukkan bahwa tanahnya kurang subur, populasi tanaman terlalu banyak atau ada masalah lainnya.

KAHAT KALIUM menyebabkan ujung tongkol tidak berbiji penuh, bijinya jarang dan tidak sempurna.

KAHAT FOSFOR mengganggupersarian dan pembentukan biji. Tongkoinya kecil, sering bengkok dengan pembentukan biji yang tidak sempuma.

NITROGEN sangat diperlukan selama pertumbuhan. Bila tanaman kahat Nitrogen pada saat kritik, tongkolnya kecil dengan kadar protein rendah. Ujung tongkol tidak berbiji.

RAMBUT HIJAU saat tongkol masak menunjukkan bahwa tanaman terlalu banyak dipupuk Nitrogen dan tidak seimbang dengan hara lainnya.

UDARA KERING menyebabkan pembentukan rambut yang lambat; persarian tidak sempuma pada saat pembentukan biji.

Sumber: Publikasi ini dihasilkan dari artikel karangan KC. Berger seorang bekas Profesor Ilmu Tanah dari Fakultas Pertanian, Universitas Wisconsin; direvisi dan disempurnakan oleh Dr. Harold F Reetz, Jr., Direktur Midwest, Potash & Phosphate Institute (PPI). Gambar oleh Maynard Reece.

TANAMAN KELAPA SAWIT

1. Pembibitan 2. Kebun Kelapa Sawit

3. Pohon Kelapa Sawit 4. Penyerbukan Kelapa Sawit

5. Tandan Buah Sawit Muda 6. Tandan Buah Sawit Masak

7. Panen Kelapa Sawit 8. Buah Kelapa Sawit (brondolan)

PENDAHULUAN

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).

Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit

Pembersihan:

Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula

Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang

Pembarisan:

Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima

Kekacang penutup bumi:

Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang

Penutup bumi adalah untuk:

  • Mengawal hakisan
  • Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah
  • Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:

    • Centrosema pubescens
    • Pueraria phaseoloides
    • Calopogonium mucunoides/caeruleum

    Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:

    • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
    • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
    • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
    • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
    Kekacang Kg/ha
    Centrocema pubescens 4.0
    Pueraria phaseoloides 1.1
    Calopogonium caeruleum 0.6
    • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
    • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
    Umur Kekacang Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)
    Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) 112
    2 bulan 112
    6 bulan 112
    >8 bulan 112
    12 bulan >112
    • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

    Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-

    • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.

    • Taburkan 150g – 200g baja Fosfat didalam lubang.

    • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.

    • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.

    • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.

    • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.

    • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.

    • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:

    Jarak Jumlah Pokok
    Meter (Kaki) Hektar (Ekar)
    8.5 (28) 160 (65)
    8.7 (29) 148 (60)
    9.0 (30) 136 (55)
    • Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

    Tanaman selingan::

    Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.

    Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:

    • Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

    • Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan

      kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.

    • Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

    Ternakan :

    Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.

    Petani boleh jadi jutawan.

    Menolak tanggapan bahawa bidang pertanian tidak mempunyai potensi untuk melahirkan jutawan, tiga “petani” hari ini membuktikan bahawa industri itu mampu membawa pulangan lumayan.

    Ketiga-tiga “petani” jutawan tersebut adalah Datuk Dr Zainuddin Wazir dari Seberang Prai, Pulau Pinang, Marahza Abdul Majid yang berasal dari Dungun, Terengganu dan Zubir Zabidi dari Alor Star, Kedah.

    Mereka bertiga, yang menceburi bidang pertanian dengan jayanya, memberi pendapat serta berkongsi pengalaman dalam Program Bicara Jutawan Tani Melayu, anjuran biro pertanian Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

    Dr Zainuddin, seorang pakar jantung dari Island Hospital, Pulau Pinang, menceburi secara serius dalam penanaman pisang secara komersial melalui syarikatnya Synergy Farm Sdn Bhd.

    Dengan memiliki kawasan ladang seluas 274 hektar, beliau berjaya menanam dan memasarkan pisang jenis “Cavendish”, sejenis pisang dari spesies terbaik kerana kandungan potassium serta kalori.

    Bermula pada 2002, usaha beliau berkembang maju hingga berjaya membangunkan makmal pembenihan pisang dengan menggunakan proses tisu kultur.

    Atas jenama “Tropicoast”, pisang yang dihasilkan ladangnya berjaya menembusi pasaran luar negara dan telahpun mencapai pengiktirafan Skim Akreditasi Ladang Malaysia, Malaysia Best dan Sijil ISO 9001/2000 bagi pengurusan ladang.

    Synergy Farm, yang juga ditanam pelbagai buahbuahan tropika dan tananam hiasan, satusatunya ladang di Asia yang menerima pengiktirafan ISO.

    “Saya bersedia berkongsi pengalaman dengan merencanakan skim tanaman pisang secara francais yang sememangnya teruji berdaya maju,” katanya di program tersebut.

    Marahza, yang diberi Anugerah Belia Negara sebagai Wira Tani tahun ini, pula menceburi bidang penternakan lembu.

    Langkahnya bermula dengan menyewa tanah seluas 50 hektar daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri, Jerangau, Dungun berbekalkan hanya 400 ekor lembu.

    Tidak puas hati dengan pencapaiannya itu, beliau terus menghadiri pelbagai kursus serta bengkel untuk menimba pengalaman.

    Ketika itulah tercetus idea untuk Marahza, seorang anak yatim sejak berumur satu tahun dan pernah bekerja sebagai operator pam minyak di Kuala Lumpur, untuk menghasilkan baja organik daripada najis lembu melalui proses fermentasi.

    Sebuah kilang baja dan pusat latihan belia dalam bidang ini dibina syarikatnya dengan sokongan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Terengganu.

    Projek secara integrasi ini juga membabitkan penanaman jagung seluas 4 hektar dan pisang seluas 6 hektar.

    Zubir pula, walaupun memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Cambridge University di London, tidak betah bekerja makan gaji.

    Kini berusia 36 tahun, beliau berhasil mencipta nama sebagai salah seorang usahawan Melayu yang berjaya meneroka bidang perniagaan berasaskan makanan.

    “Sesuatu yang melucukan ialah, saya mula terkenal dengan menjual kuah rojak. Pada 1991, berbekalkan hanya RM200 bahan rencah dan RM1,000 untuk membeli peralatan, saya memberanikan diri mengolah resipi kuah rojak hasil tangan ibu saya untuk jualan,” katanya kepada lebih 400 orang hadirin di program tersebut.

    Bermula secara kecil-kecilan di Alor Star, Zubir mengorak langkah di atas nama Syarikat Zuza Food Industries & Enterprise, yang muncul sebagai sebuah syarikat usahawan Melayu yang baik dengan slogan “Citarasa Unggul”.

    PANDUAN PENANAMAN CILI

    Ingin menanam cili tetapi tidak tahu bagaimana! Ikuti petua yang disarankan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Mahir Mokhtar dan Prof. Dr. Ismail Ahmad dari UKM

    Penyediaan Kawasan

  • Meletakkan Sungkupan
  • Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
  • Pengubahtanaman
  • Penyiraman
  • Pembajaan
  • Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
  • Pungutan Hasil
  • Penyediaan kawasan

  • Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
  • Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
  • Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik.
  • Batas

  • penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
  • penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 – 150 sm
  • jarak antara batas : 60 –100 sm
  • antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir
  • Meletakkan sungkupan

  • Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga
  • Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan
  • Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi.
  • Penyemaian dan penyediaan anak benih

    Biji benih

  • 200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)
  • Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai (campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan).
  • Kaedah penyemaian

  • Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
  • diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
  • Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
  • Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
  • Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
  • Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.
  • Pengubahtanaman

  • Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
  • Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15 x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.
  • Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.
  • Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.
  • Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat.
  • Penyiraman

    Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang

    Pembajaan

  • Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
  • Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
  • Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
  • Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
  • Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
  • Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
  • Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
  • Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit

  • Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
  • Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
  • Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
  • Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.
  • Pungutan hasil
    Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.