Unit Peladang Kg. Melayu Raya Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Johor. |
Unit Peladang Kg. Melayu Raya merupakan salah sebuah daripada Unit Peladang di bawah pengendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Johor. Unit ini ditubuhkan pada 22 Februari 1970 dan sehingga kini, keahliannya seramai 101 orang. Jumlah saham terkumpul ahli di PPK Pontian Selatan ialah sebanyak RM18,198 meningkat 10.9% daripada tahun sebelumnya (2001). Purata saham bagi setiap ahli ialah RM180. Unit Peladang Kg. Melayu Raya merupakan sebuah unit yang dipilih khusus untuk dibangunkan oleh LPP di bawah Program Pembangunan Unit Peladang (FDU) (2001-2005). Unit Peladang Kg. Melayu Raya menjalankan aktiviti utamanya iaitu kelapa sawit di kawasan seluas 490 hektar. Peserta-peserta mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian. Isipadu perniagaan kelapa sawit pada tahun 2002 ialah RM 2,730,000 dimana hasil pendapatan bersihnya ialah RM1,400,000. Selain dari penanaman kelapa sawit, unit peladang ini mengusahakan tanaman pokok getah seluas 20 hektar dan dusun buah-buahan seluas 245 hektar yang telah ditanam dengan pelbagai jenis tanaman seperti durian, dokong, rambutan, manggis dan sebaginya. Aktiviti ini menjana hasil sebanyak RM708,000 setahun. Selain dari itu, unit peladang mengusahakan pertanian jangka pendek iaitu ternakan kambing susu sebanyak 40 ekor, lembu pedaging sebanyak 180 ekor dan enam buah kolam ikan air tawar. Di samping itu mereka turut mengusahakan sebuah pusat memproses ayam daging. Aktiviti ini menjana pendapatan bersih sebanyak RM49,700 setahun. Di samping melaksanakan aktiviti pertanian, unit peladang turut melaksanakan aktiviti-aktiviti bukan pertanian. Antara projek yang diusahakan ialah makanan ringan, pengangkutan bas sekolah, pengangkutan lori, perusahaan cadar, jahitan, kedai runcit, perusahaan membuat hulu dan parang dan perusahaan jamu. Pada tahun 2002 aktiviti ini menyumbang kepada pendapatan bersih sejumlah RM286,502 setahun. Secara keseluruhannya isipadu perniagaan dari aktiviti pertanian dan bukan pertanian unit peladang ini adalah sebanyak RM6,862,202 dan menjadikan nilai jualan bersih keseluruhannya RM1,736,202. Selain dari aktiviti ekonomi, unit peladang ini telah berjaya melaksanakan lapan daripada sepuluh perkhidmatan untuk peladang iaitu pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mekanisasi dan automasi ladang, perkhidmatan pemasaran, menyediakan infrastuktur ladang, memberikan khidmat nasihat, perkhidmatan lepas tuai, menyediakan pusat sumber untuk kegunaan ahli serta terlibat dengan teknologi pemprosesan. Di samping itu unit peladang menjalankan aktiviti sosial dan kebajikan untuk ahli-ahli seperti kelas agama, gotong royong, ceramah-ceramah motivasi, hari keluarga, kenduri kesyukuran, kursus-kursus dan menyediakan kemudahan IT Desa. Unit ini telah menerima anugerah Unit Peladang Jaya Tempat Pertama Peringkat Negeri, Tempat Pertama Desa Cemerlang Peringkat Daerah & Negeri pada tahun 2001 dan 2002, Tempat Ketiga Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan, Ilham Desa Cemerlang Tempat Ketiga Peringkat Zon Timur/Selatan dan Dapor Sihat / Anugerah Gaya Hidup Sihat pada tahun 2001. Sesungguhnya dengan mengamalkan konsep bekerjasama dan lebih dari 85% ahli-ahlinya yang aktif, Unit Peladang Kg. Melayu Raya telah bergerak maju dari tahun ke tahun sehingga membawa kejayaan di mana purata pendapatan setiap ahli ialah RM1400/bulan. |
Ich möchte Sie treffen
4 years ago
No comments:
Post a Comment